Sebagai tanda sayangkan alam sekitar, kami telah hasilkan sebuah video
berkenaan kepentingan pengurusan kertas secara mesra alam. Hal ini penting
bagi memastikan kesejahteraan hidup dapat direalisasikan dengan wujudnya
kelestarian alam. Seperti mana yang kita tahu, pokok diperlukan bagi membuat
kertas, berdasarkan artikel dari Joseph Kiprop, bagi menghasilkan 1 tan kertas
24 batang pokok perlu ditebang, dan menurut Global Forest Resource
Assessment secara kasarnya dalam 80,000 hingga 160,000 pokok ditebang
setiap hari di seluruh dunia bagi menghasilkan kertas pada setiap hari. Semakin
banyak permintaan kertas oleh pengguna, semakin banyak pokok yang perlu
ditebang bagi memenuhi permintaan ini dan akhirnya telah menyebabkan negara
semakin kekurangan pokok. Seperti mana yang kita tahu, pokok merupakan pembekal
oksigen kepada manusia, dimana melalui proses fotosintesis pokok- pokok akan
menukarkan karbon dioksida yang dikeluarkan oleh manusia kepada oksigen tetapi
sekiranya pokok- pokok ini ditebang maka karbon dioksida akan terapung dan
terperangkap oleh lapisan gas seterusnya menyebabkan suhu udara meningkat lalu
tercetus kejadian fenomena yang kita kenali sebagai pemanasan. Oleh itu, diharapkan video ini dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat kepada kita semua.
Selamat menonton
Terbaik
ReplyDelete