Monday, April 27, 2020

Video Animasi Go Green Paper !

Assalamualaikum...

Sebagai tanda sayangkan alam sekitar, kami telah hasilkan sebuah video berkenaan kepentingan pengurusan kertas secara mesra alam. Hal ini penting bagi memastikan kesejahteraan hidup dapat direalisasikan dengan wujudnya kelestarian alam. Seperti mana yang kita tahu, pokok diperlukan bagi membuat kertas, berdasarkan artikel dari Joseph Kiprop, bagi menghasilkan 1 tan kertas 24 batang pokok perlu ditebang, dan menurut Global Forest Resource Assessment secara kasarnya dalam 80,000 hingga 160,000 pokok ditebang setiap hari di seluruh dunia bagi menghasilkan kertas pada setiap hari. Semakin banyak permintaan kertas oleh pengguna, semakin banyak pokok yang perlu ditebang bagi memenuhi permintaan ini dan akhirnya telah menyebabkan negara semakin kekurangan pokok. Seperti mana yang kita tahu, pokok merupakan pembekal oksigen kepada manusia, dimana melalui proses fotosintesis pokok- pokok akan menukarkan karbon dioksida yang dikeluarkan oleh manusia kepada oksigen tetapi sekiranya pokok- pokok ini ditebang maka karbon dioksida akan terapung dan terperangkap oleh lapisan gas seterusnya menyebabkan suhu udara meningkat lalu tercetus kejadian fenomena yang kita kenali sebagai pemanasan. Oleh itu, diharapkan video ini dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat kepada kita semua.

Selamat menonton

1 comment: