"Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama"
Blog ini dicipta bagi menyampaikan maklumat berkenaan kajian yang dijalankan terhadap penggunaan kertas bagi subjek Pembangunan Lestari PAL3115.
Kumpulan 2 - Go Green Paper
Saturday, May 30, 2020
Tuesday, May 26, 2020
Filem Pendek Animasi Terbaik "Paper World"
Assalamualaikum, hari ini kami nak kongsikan filem pendek "Paper World" yang sangat menarik untuk memaparkan keseluruhan berkenaan dengan kesan penggunaan kertas secara berleluasa di mana ia juga mempunyai kaitan kepada flora dan fauna atau bumi hijau kita, akibat dari kecuaian manusia itu sendiri sama ada sedar atau tidak.
Sunday, May 17, 2020
Manfaat Mengamalkan Pengurusan Kertas Secara Efisyen (Video)
Monday, May 11, 2020
PERKARA YANG PERLU KITA TAHU BERKAITAN KERTAS
Adakah anda tahu fakta berkaitan kertas? Jom kita bincangkan sedikit di sini.
1 tan kertas bersamaan dengan 400 Rim iaitu sebanyak 200,000 helai. Untuk menghasilkan kertas, kita memerlukan 3 tan kayu dan 98 tan bahan mentah lain. Dunia telah kehilangan hutan seluas 1.732.5 hektar kerana ditebang untuk dijadikan bahan mentah untuk kertas setiap jam. 1 rim kertas A4 yang diambil adalah dari pokok berumur 5 tahun. Pokok yang lembut dan berkayu keras diperlukan untuk menghasilkan kertas yang berkualiti. 3 liter air diperlukan untuk menghasilkan 3 helai kertas. Oleh itu, sekiranya kita mengurangkan penggunaan sebanyak 1 tan kertas, kita akan dapat menyelamatkan 13 pokok besar, 400 liter minyak, 4100 kwh elektirk, dan 31 780 liter air.
Pada waktu dahulu, kertas hanya digunakan untuk menulis, namun pada abad sekarang, bukan sahaj untuk menulis, malah untuk pembungkusan di industri-industri telah digunakan sebanyak 41%.
Dalam menghasilkan 1 tan kertas, gas karbon dioksida terhasil sebanyak lebih kurang 2.6 tan. Jumlah ini bersamaan dengan gas ekzos yang dihasilkan oleh sebuah kereta selama 6 bulan. Selain itu, dalam menghasilkan 1 tan kertas, kira-kira 72.200 liter sisa cecair dan 1 tan sisa pepejal dihasilkan. Setelah kertas dibuang, kertas ini akan terurai. Proses pemecahan kertas menghasilkan gas metana. Dan gas metana juga menjadi penyebab pemanasan global. Sebenarnya, metana 20 kali lebih berbahaya daripada karbon dioksida, kerana menyebabkan suhu global meningkat.
Kerajaan Kanada telah melakukan penyimpanan kertas dan telah menghasilkan pengitaran semula kertas sebanyak 54kg. Kitar semula kertas menggunakan 60% lebih sedikit tenaga daripada membuat kertas dari batang pokok. Kitar semula 1 tan kertas akan menyelamatkan kira-kira 17 pokok (Purdue Research Foundation dan US Environmental Protection Agency, 1996). Kitar semula 1 tan kertas dapat menjimatkan 682.5 gelen bahan bakar dan 7000 gelen air dan 4000 Kwh elektrik (Pusat Pemulihan Sumber Daya Onondaga).
Secara natijahnya, adakah kita masih lagi mahu membazirkan penggunaan kertas yang secara tidak langsung akan memberi keburukan kepada diri kita sendiri? Ayuhlah kita melestarikan alam sekitar. Mari kita menyelamatkan dunia dengan satu perkara kecil, salah satunya adalah dengan menggunakan kertas dengan sebaik-baiknya.
Terima kasih. Semoga perkongsian ini memberi manfaat.
Jom kenali penulis !
Biodata Penulis
- Nama : Ahmad Muaz bin Alleyas
- Tarikh Lahir : 8 Nov 1998
- Bidang Pengajian : S.M Kaunseling
- Tempat Pegajian : Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
- Nama : Nurul Syazwana binti Abdul Rohim
- Tarikh Lahir :
- Bidang Pengajian : S.M Kaunseling
- Tempat Pengajian : Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
- Nama : Nur Ain Fatisha binti Fauzi
- Tarikh Lahir : 8 Jan 1998
- Bidang Pengajian : S.M Kaunseling
- Tempat Pengajian :Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
- Nama : Nur Liyana binti Abd Jamil
- Tarikh Lahir : 10 Julai 1998
- Bidang Pengajian : S.M Kaunseling
- Tempat Pengajian :Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
- Nama : Nur Qistina binti Mohamad Hasdi
- Tarikh Lahir :
- Bidang Pengajian : S.M Kaunseling
- Tempat Pengajian : Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Saturday, May 2, 2020
Quiz Go Green Paper !
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.✨✨✨
Anda sudah lihat Video Temubual & Animasi GO GREEN PAPER yang telah kami sediakan ?
Ayuh ❗❗Kita beralih pula kepada Game Quizizz๐ฑ yang lebih best dan santai.
Jom kita lihat sejauhmanakah kefahaman & pengetahuan korang berkaitan Go Green Paper itu๐๐
Ingin menyahut cabaran kami, sila klik link di bawah:
https://quizizz.com/join/quiz/5eaafb097155a0001b4f97ee/start?studentShare=true
Terima kasih dan selamat berjaya ๐๐ Enjoy!❤️
Anda sudah lihat Video Temubual & Animasi GO GREEN PAPER yang telah kami sediakan ?
Ayuh ❗❗Kita beralih pula kepada Game Quizizz๐ฑ yang lebih best dan santai.
Jom kita lihat sejauhmanakah kefahaman & pengetahuan korang berkaitan Go Green Paper itu๐๐
Ingin menyahut cabaran kami, sila klik link di bawah:
https://quizizz.com/join/quiz/5eaafb097155a0001b4f97ee/start?studentShare=true
Terima kasih dan selamat berjaya ๐๐ Enjoy!❤️
Thursday, April 30, 2020
Video Temubual Tahap Penggunaan Kertas
Hai assalamualaikum !
Kami pelajar daripada Universiti Malaysia Terengganu dalam subjek Pembangunan Lestari ada membuat temubual bersama beberapa orang pelajar sekolah, mahasiswa UMT, staf UMT dan pensyarah UMT terpilih bagi mendapatkan maklumat berkenaan pengurusan kertas dalam urusan harian. Alhamdulillah segala butiran daripada temubual tersebut telah dipindahkan kepada sebuah video sebagai maklumat kepada kita semua tentang tahap penggunaan kertas di sekitar Universiti Malaysia Terengganu.
Monday, April 27, 2020
Video Animasi Go Green Paper !
Sebagai tanda sayangkan alam sekitar, kami telah hasilkan sebuah video
berkenaan kepentingan pengurusan kertas secara mesra alam. Hal ini penting
bagi memastikan kesejahteraan hidup dapat direalisasikan dengan wujudnya
kelestarian alam. Seperti mana yang kita tahu, pokok diperlukan bagi membuat
kertas, berdasarkan artikel dari Joseph Kiprop, bagi menghasilkan 1 tan kertas
24 batang pokok perlu ditebang, dan menurut Global Forest Resource
Assessment secara kasarnya dalam 80,000 hingga 160,000 pokok ditebang
setiap hari di seluruh dunia bagi menghasilkan kertas pada setiap hari. Semakin
banyak permintaan kertas oleh pengguna, semakin banyak pokok yang perlu
ditebang bagi memenuhi permintaan ini dan akhirnya telah menyebabkan negara
semakin kekurangan pokok. Seperti mana yang kita tahu, pokok merupakan pembekal
oksigen kepada manusia, dimana melalui proses fotosintesis pokok- pokok akan
menukarkan karbon dioksida yang dikeluarkan oleh manusia kepada oksigen tetapi
sekiranya pokok- pokok ini ditebang maka karbon dioksida akan terapung dan
terperangkap oleh lapisan gas seterusnya menyebabkan suhu udara meningkat lalu
tercetus kejadian fenomena yang kita kenali sebagai pemanasan. Oleh itu, diharapkan video ini dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat kepada kita semua.
Selamat menonton
Subscribe to:
Posts (Atom)



