Adakah anda tahu fakta berkaitan kertas? Jom kita bincangkan sedikit di sini.
1 tan kertas bersamaan dengan 400 Rim iaitu sebanyak 200,000 helai. Untuk menghasilkan kertas, kita memerlukan 3 tan kayu dan 98 tan bahan mentah lain. Dunia telah kehilangan hutan seluas 1.732.5 hektar kerana ditebang untuk dijadikan bahan mentah untuk kertas setiap jam. 1 rim kertas A4 yang diambil adalah dari pokok berumur 5 tahun. Pokok yang lembut dan berkayu keras diperlukan untuk menghasilkan kertas yang berkualiti. 3 liter air diperlukan untuk menghasilkan 3 helai kertas. Oleh itu, sekiranya kita mengurangkan penggunaan sebanyak 1 tan kertas, kita akan dapat menyelamatkan 13 pokok besar, 400 liter minyak, 4100 kwh elektirk, dan 31 780 liter air.
Pada waktu dahulu, kertas hanya digunakan untuk menulis, namun pada abad sekarang, bukan sahaj untuk menulis, malah untuk pembungkusan di industri-industri telah digunakan sebanyak 41%.
Dalam menghasilkan 1 tan kertas, gas karbon dioksida terhasil sebanyak lebih kurang 2.6 tan. Jumlah ini bersamaan dengan gas ekzos yang dihasilkan oleh sebuah kereta selama 6 bulan. Selain itu, dalam menghasilkan 1 tan kertas, kira-kira 72.200 liter sisa cecair dan 1 tan sisa pepejal dihasilkan. Setelah kertas dibuang, kertas ini akan terurai. Proses pemecahan kertas menghasilkan gas metana. Dan gas metana juga menjadi penyebab pemanasan global. Sebenarnya, metana 20 kali lebih berbahaya daripada karbon dioksida, kerana menyebabkan suhu global meningkat.
Kerajaan Kanada telah melakukan penyimpanan kertas dan telah menghasilkan pengitaran semula kertas sebanyak 54kg. Kitar semula kertas menggunakan 60% lebih sedikit tenaga daripada membuat kertas dari batang pokok. Kitar semula 1 tan kertas akan menyelamatkan kira-kira 17 pokok (Purdue Research Foundation dan US Environmental Protection Agency, 1996). Kitar semula 1 tan kertas dapat menjimatkan 682.5 gelen bahan bakar dan 7000 gelen air dan 4000 Kwh elektrik (Pusat Pemulihan Sumber Daya Onondaga).
Secara natijahnya, adakah kita masih lagi mahu membazirkan penggunaan kertas yang secara tidak langsung akan memberi keburukan kepada diri kita sendiri? Ayuhlah kita melestarikan alam sekitar. Mari kita menyelamatkan dunia dengan satu perkara kecil, salah satunya adalah dengan menggunakan kertas dengan sebaik-baiknya.
Terima kasih. Semoga perkongsian ini memberi manfaat.

Tq gais information nya.. Sebelum ni tak pernah pun tahu berapa tan kayu yg terpaksa ni tebang utk dijadikan kertas
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteinformasi yang menarik!
ReplyDeleteBanyak rupanya pokok yang diperlukan umtuk membuat kertas ni. Terima kasih atas info.
ReplyDeleteTerbaik.. Manfaat yg berguna
ReplyDelete